Monday, July 27, 2009

ZIARAH...

Kite Di Ziarah Setiap 21 Minit...
BIsMillahirrahmanirrahimm...
Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahwa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnye "Bahwe malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muke bumi ini 70 kali dlm sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati org itu ade yg sedang gelak ketawe. Maka berkate Izrail: "Alangkah hairannye aku melihat org ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala utk mencabut nyawanye, tetapi die masih berseronok2 bergelak ketawe". Manusia tidak akan sedar bahwe dirinye sentiase diperhati oleh malaikat maut, kecuali org2 soleh yg sentiase mengingati mati. 1 hari=24 jam= 1440 minit 1440 minit/70=20.571 minit
INI BERMAKNE MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITE SETIAP 21 MINIT

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ramadhan,
kau datang setahun sekali
kau datang bawa rahmat yang maha besar
kau datang membawa seribu satu ujian
kau datang memberi seribu satu rahsia pahala
kau datang jua... Ramadhan,
di dalam mu tersimpan rahsia
di dalam mu tersirat dan tersurat kemanisan
di dalam mu terkandung kepayahan
di dalam mu terkandung kesenangan
kau memilikinya
Ramadhan,
aku cuba menyelami sambil menghirup rahsiamu
aku cuba menghisap manismu
aku cuba harungi kepayahan ujiannu
aku cuba belajar apa yang kau ajarkan
aku cuba segalanya....
Ramadhan
semoga tahun nie memberi segala kemanisan
semoga tahun nie dimurahkan rezeki
semoga aku dapat memperbaiki amalanku
semoga kau memberkatinye..
amin.

KE MANAKAH SEBENARNYA WANG KITA MENGALIR?

Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.

China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika.

Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – hasil kita berjual-beli dengan Amerika.

China dan Jepun negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar. Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika Syarikat.

Pemaksaan ini melalui dua cara. Pertama, Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual-beli minyak wajib menggunakan kertas dolar kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara dengan Saudi pengeluar utamanya.

Sebagai gantinya, kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud daripada dipukul oleh ombak rakyat.

Kedua, dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini.

Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual-beli minyak.

Jawapannya Saddam digantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih daripada kertas dolar, justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.

Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ia dipanggil fiat money - nilai yang dipaksa.

Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru, kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis.

Pada awalnya Amerika Syarikat sebuah negara revolusioner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertasnya sendiri.

Amerika yang merdeka telah membebaskan diri daripada para pemilik bank yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka.

Lalu para pemilik bank menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan mereka.

Pada tahun 1913, setelah beberapa kali percubaan gagal, akhirnya para pemilik bank telah berjaya memaksa (atau menipu) Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913.

Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul.

Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di pinggir Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan.

Siapa ahli-ahli lembaga pengarah Federal Reserve ini juga dirahsiakan. Kongres hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan dicadangkan oleh Federal Reserve.

Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan, pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke, pengerusinya yang terkini.

Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.

Mengikut akta 1913 ini, pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve.

Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar, maka kerajaan wajib meminjam daripada Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan.

Lihat bagaimana liciknya konspirasi para pemilik bank ini.
Para pemilik bank ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa-apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika daripada Federal Reserve dan akan dibayar kembali dengan bunga.

Duit membayar hutang dan riba ini datang daripada tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong, para pemilik bank ini telah mencipta harta Qarun.

Inilah punca yang sedang membawa huru-hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada yang berhujah – perkembangan ini di Amerika, apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Chow Kit?

Sabar dahulu, biar saya terangkan sejelas mungkin.

Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar.

Ia telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para pemilik bank dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia.

Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjadi dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia.

Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini.

Justeru, kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar.

Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini, maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF.

Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri daripada sistem kapitalis global ini?

Pertama, banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama.

Kedua, tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Putih yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para pemilik bank dan Central Bank (nama asal Federal Reserve).

Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam daripada Central Bank.

Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini.

Ketiga, tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para pemilik bank dan kaum pemodal ini.

Semenjak 1913, pemilik banker ini telah membuat jaringan, kabel dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus.

Hari ini kabel rahsia para pemilik bank ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika. Hasilnya, media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para pemilik bank dan kaum pemodal ini.

Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu, media cetak masih lagi bergerak bebas.

Hari ini yang tinggal hanya enam buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media.

Syarikat-syarikat media ini pula dimiliki oleh para pemilik bank. Malah jika menyelidik dengan rapi, kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita.

Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabel-kabel rahsia seperti Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull dan Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasai oleh pemodal dan pemilik bank yang sedang merancang untuk memunculkan satu Order Baru Dunia.

Di belakang semua ini, nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya-raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka.

Kabel rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi dan Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom.

Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri.

Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaondari dunia ketiga ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon ini tetapi sama ada mereka ini akan bersedia untuk menjadi barua yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabel rashia ini.

Justeru, kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan, maka semua malaon yang telah dilantik menjadi barua di dunia ketiga akan menjalankan dasar yang sama. Apabila dasar globalisasi diperkenalkan, maka malaon-maloan ini seperti burung kakaktua akan turut bersuara.

Jika ada malaon ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam, maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika maloan ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul Haq, mereka akan diketepikan untuk malaon yang baru naik.

Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan.

Hari ini sebenarnya tidak ada masalah kecairan. Apa yang berlaku, peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para pemilik bank ini.

Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai.

Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini.

Buat ketika ini, di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin..

Rencana ini telah diterbitkan di malaysiakini.com dan ditulis oleh Hishamuddin Rais pada 16 April 2009

Sunday, July 26, 2009

muslim tour




brochure tntg pakej muslim tour-China..

Saturday, July 25, 2009

Salam.. utk makluman sahabat2 sekalian, this is one of biz servis yg my hubby handle.. if anyone interested,blh emel saya or my hubby; ibnuazhar@yahoo.co.uk. mdh2n dgn pakej ini kita dpt melihat sendiri keagungan & keindahan alam ciptaan Allah yg Esa di sana di smpg dpt meng'explore' dunia biz ..


PAKEJ PELANCONGAN MUSLIM (5H/4M )

GUANGZHOU – SHENZEN – HONGKONG


Hari Pertama ( D)


- Tiba di Baiyun International Airport, Guangzhou.

- Check in di Paning Hotel

- Solat Jamaah di Masjid & Maqam Sahabat Nabi SAW Saad bin Abi Waqas

- Makan Tengahari di Abdullah Restaurant

- Melawat Pusat Jualan Bai Yun World Leather Trading Centre

- Menikmati Keindahan Malam di `Pearl River” dengan menaiki ‘CRUISE’

- Makan Malam di Casablanca Restaurant

- Balik Hotel/ Solat Jamak/ Rehat


Hari Kedua (B/L/D)


- Melawat Pusat Jualan Sutera dan Elektonik Digital Hai Yin Square

- Makan tengahari di Nur Boustan Restaurant

- Solat Jamaah di Masjid Huai Sheng Guang Ta Lu ( antara Masjid Tertua di China )

- Melawat Pusat Jualan Jam dan Pakaian

- Melawat Pusat Jualan (Pedestrian Road) / Makan Malam di Indian Chef Delhi Darbar

- Bertolak ke Shenzen dengan menaiki Keretapi Laju

- Check in di Shenzen Muslim Hotel/ rehat


Hari Ketiga (B/L/D)


- Sarapan pagi di restoran tempatan

- Bertolak Ke Hongkong dgn menaiki KCR

- Melawat Kowloon Mosque and Islamic Centre- Solat Zuhur berjamaah.

- Makan Tengahari di Restoren Bismillah Al-Pakistani, Chungkin Mansion

- Menaiki Feri ke Central- menaiki bas ‘Double Decker’ to ‘The Peak’

- Menaiki keretapi bawah laut terus ke Mongkok Ladies Night Market-shopping

- Menonton Persembahan Lampu ‘The Symphony Of Light’ di Victoria Habour City

- Makan Malam di Baba Jees Restaurant.

- Bertolak balik ke Shenzen dgn KCR

- Tiba di Muslim Hotel/ Solat Jamak/ rehat


Hari Keempat (B/L/D)


- Sarapan Pagi dan Check out

- Melawat Window Of The World- “you can see the world landmark in the one day”

* melihat keajaiban beberapa ‘SevenWonders Monument

*menaiki Eiffle Tower & bermain ‘ice skating di ALPS ICE & SNOW.

- Bertolak ke Lou Hu dgn keretapi bawah tanah ‘ Shenzen Metro’

- Makan Tengahari di Indus Kitchen Restaurant.

- Shopping di Lou Hu Plaza ( Kedai Bebas Cukai-sempadan China-Hongkong )

- Makan malam di ZFY Muslim Restaurant Shenzen.

- Bertolak ke Guangzhou dgn Keretapi Laju KCR

- Check In di Paning Hotel/ rehat.


Hari Kelima (B/L)


- Sarapan pagi & Check out

- Melawat Pusat Jualan Cenderahati, Kraftangan dan Permainan Kanak2 One Link Plaza

- Makan Tengahari di Abdullah Restaurant/ Solat Jamak

- Bertolak ke Bai Yun International Airport Guangzhou.

- Berlepas dan tiba di LCCT, KLIA, Kuala Lumpur dengan selamat sejahtera. Amin

salam perjuangan...

Assalammualaikum...

Terima kasih kepada sahabat2 yang sudi singgah di blog ini. This is my first experience in my life using the blog site.. Hope this experience can improve our life to seek redha Illahi.... InsyaAllah... Tq.. ;)

Pls fill the form to make an order. TQ

Name:
Email Address:
Contact No:
Order Item:
Delivery Adress:
REMARKS:

Get your own free form like this one.