Tuesday, April 27, 2010

Clearance Stok- TELEKUNG VIETNAM

Salam... SALE!! SALE!! =)
~telekung2 ini utk clearance stok... Jika berminat cepat2 la booking ye... Tinggal 3 pasang saja lg... Memang LARIS...

Ciri-ciri telekung vietnam:

* kain jenis tidak jarang, tebal dan sejuk .
* jenis kain yang menurun ke bawah apabila di pakai.
* mempunyai tenunan yang kemas dan cantik.
* tenunannya hampir meliputi sekeliling telekung.
* Labuh telekung dan kainnya.
* kainnya mempunyai pengikat dan getah.

~Telekung Sulam Vietnam kerawang tebuk Grey (hitam + putih) + timbul 6
Code: TKT01

ciri-ciri: - mempunyai 6 kuntum bunga timbul di permukaan telekung. Serta bersulam dan berkerawang.





Harga biasa di pasaran : RM150 sepasang.
harga istimewa untuk semua : Cuma RM120 sahaja sepasang.

Sepasang: RM120
Beli 2 pasang : RM115 sepasang
#(stok: 2 pasang)


~Telekung Sulam Vietnam kerawang tebuk dwi warna dgn bunga peach + timbul 6
Code: TKT02

ciri-ciri: - mempunyai 6 kuntum bunga timbul di permukaan telekung. Serta bersulam dan berkerawang.





Harga biasa di pasaran : RM 150 sepasang.
harga istimewa untuk semua : Cuma RM 120 sahaja sepasang.
#(stok: 1 pasang)

~(kos penghantaran RM7 sepasang, menggunakan khidmat Pos Laju Malaysia).

Monday, April 26, 2010

Latest design tudung lycra.....


http://tudung-labuh-lycra.blogspot.com/ atau klik di link my biz blog...


Saturday, March 20, 2010

Jom ziarah koleksi tudung,mini jubah & hot stone...

Semoga berpuas hati sambil mencuci mata...

Klik di link my biz blog....

hope to hear any news-order from u all. ;)

Friday, January 15, 2010

Jom Bicara Pendidikan Anak

Arahan untuk anak tersayang..........

Saya tertarik dengan artikel terbaru saifulislam.com, Televisyen Manusia Mukallaf. Menunjukkan komunikasi efektif sangat memainkan peranan penting. Benar, apabila televisyen berada di rumah bukan persoalan utama,namun bagaimana kita mengawal anak-anak itu sering menjadi masalah utama. Boleh saja kan televisyen itu tidak bernyawa, namun penghuni rumah itu tetap bernyawa. Kerana saya teringat dengan satu moto, ‘ruang tamu adalah nadi sebuah rumah.’ Moto ini dicipta kerana sesebuah syarikat itu mempromosikan televisyen di mana televisyen diletakkan di bahagian ruang tamunya.

Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah teknik berkomunikasi dengan anak-anak. Ramai ibu bapa mengeluh, anak mereka tidak mahu mengikut atau mendengar apa yg mereka perintahkan. Ada juga yang merungut, anak-anak sekarang lebih suka dibiarkan daripada diperintah-perintah. Benar, zaman berbeza, cara didikan zaman ibu bapa kita telah lapuk. Namun, jangan disalah erti, cara didikan yang ditunjukkan oleh para pendahulu kita, Rasulullah secara khususnya sangat perlu dicontohi.

Kembali kepada topik asal. Mengapa kita sering sekali bertemu dengan masalah ‘anak degil’? Cuba kita kira, berapa banyak perintah yang telah kita keluarkan kepada anak kita dalam sehari?

“Jangan sepahkan barang permainan tu!”
“Tolong buang sampah di tempatnya!”
“ Jangan bergaduh!”
“ Jangan pukul adik kamu!”
“ Tolong tutup pintu rumah kejap”
“ Boleh tak tolong kemas bilik sendiri”
“ Jangan menghadap TV lama sangat, buat kerja sekolah kamu”

Kira sendiri. Kemudian cuba letakkan diri kita di tempat mereka. Bayangkan kita berada di tempat kerja dan dalam satu hari kita menerima arahan demi arahan. Apakah kita senang sekali mengikutnya, atau sesekali kita merungut dan memberontak seterusnya merasa tidak senang dengan bos atau orang yang memerintah itu. Lambat laun kita berhenti kerja dek kerana tekanan.

Aggaplah anak kita sebagai sebahagian daripada diri kita sendiri. Saya tertarik dengan kata-kata saifulislam kepada anaknya.

“Yop tak nak jadi biadab kepada ibu bapa, kan?”

Ini adalah teknik ataupun kaedah yang dibawa oleh mana-mana ibu bapa yang berjaya. Seperti ayah berjaya, Hassan Al-Banna, beliau menasihati anaknya secara langsung ketika anaknya Saiful Islam menyukai baca komik dengan memahamkan anaknya agar apa yang dilakukannya itu lebih baik datang daripada diri sendiri, bukan atas arahan ataupun tekanan siapa pun.

Ada dua bentuk kata-kata yang boleh saya ketengahkan. Yang pertamanya bersifat autokratik, dan yang keduanya lebih bersifat memberi motivasi. Contohnya kita inginkan anak kita supaya mengemaskan barang-barang yang telah disepahkannya. Yang manakah yang lebih efektif?

1. “Boleh tak kamu kemas semula barang-barang ini?”

2. “Kamu mahu kemaskan semula barang-barang ini kan?”

Nampaknya memang sepele atau sama saja. Namun, kata-kata sangat memberi efek yang besar buat perkembangan anak.

Bagi kata-kata yang pertama, anak-anak sebenarnya mungkin menerima salah satu daripada pesanan berikut.

“Kamu mesti menyusun barang-barang ini”
“Sepatutnya kamu menyusun semula barang-barang ini.”
“Sepatutnya ibu tak perlu menyuruh kamu lagi”
“Ibu sedang letih, sepatutnya kamu kemaskan barang-barang ini”
“Kamu tidak melakukan apa yang ibu perintahkan”

Mungkin bukan arahan ini yang dimaksudkan oleh seorang ibu, namun itulah yang ditangkap oleh anaknya. Semua perintah-perintah ini mengundang rasa bersalah yang tidak membina bagi si anak. Berbanding menggunakan pesanan kedua.

“kamu mahu kan…”

Itu kan lebih membina potensi diri seorang anak. Sesuatu yang berbentuk arahan yang jelas, namun tidak menampakkan ia seperti arahan yang keras.

Suatu hari anak saya ketika berumur 2tahun pada ketika itu berkata,

“Umi, umi nak tak Abdullah tolong umi sidai kain?” Sekali lagi ibu saya hairan dengan pertanyaan yang berunsur cinta itu.
“Umi, umi nak tak dengar Abdullah cerita harimau dan sang kancil? Enak sekali ‘arahan’ itu. Sebaiknya kita menerimanya dengan sungguh-sungguh. Kerana anak-anak belajar melalui teladan. Apa yang kita ucapkan, apa yang kita lakukan, itu pula yang dilakukannya.

Maka, sekiranya orang tua di rumah mula bersikap kooperatif dengan menggunakan kata-kata yang lebih efektif dan berkesan. Maka, tidak timbullah isu ‘anak degil’ seumpama kita mendoakannya menjadi keras kepala.

: disunting dari blog anakkusayang...

Tuesday, January 12, 2010

salam

assalammualaikum... maaf agak lama menyepi diri.. agak sibuk melayan kerenah anak2 di samping tiada kemudahan ketika ada waktu terluang (laptop dibawa oleh hubby ku ;)_ sekarang da kena update bilangan ahli dlm rmh... da tambah seorag lg khalifah Allah di muka bumi ini...Doakan anak2ku ini menjadi anak2 yg soleh & solehah begitu jg dgn ummi & ayahnye agar dpt menjadi role model yg terbaik utk mereka mengharungi hidup di dunia ini, amin.... I.Allah ada kesempatan ingin sgt update blog ni... k sekian dl utk kali ini baby da pn memanggil umminye ni... Wassalam..

Pls fill the form to make an order. TQ

Name:
Email Address:
Contact No:
Order Item:
Delivery Adress:
REMARKS:

Get your own free form like this one.